Corporate Info 
About Water 
Our Services 
Consumer Info 
List Of Plumbers 
Company Profile 
Board of Director 
Executive Director's Message 
Organisation Structure 
Mission Statement 
SPAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara


NOTIS KEPERLUAN PERMIT
 
NOTIS KEPADA KONTRAKTOR-KONTRAKTOR YANG INGIN MEMASUKI TENDER KERJA-KERJA BERKAITAN BEKALAN AIR DAN/ATAU PEMBETUNGAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
 
Adalah dimaklumkan bahawa berkuatkuasa 1 Januari 2010, permit SPAN akan dijadikan sebagai syarat pra-kelayakan bagi memasuki suatu tender dan/atau mengusahakan projek atau kerja-kerja yang berkaitan sistem bekalan air dan/atau sistem pembetungan.

Walau bagaimanapun, pengecualian adalah diberikan kepada kontraktor kelas F (PKK) dan kontraktor Gred G1 (CIDB) yang ingin menyertai atau memasukkan tender berkaitan kerja-kerja tersebut yang tidak melebihi RM200,000. Kontraktor-kontraktor ini hanya dikehendaki memiliki permit SPAN sekiranya mereka berjaya di dalam tender dan sebelum memulakan kerja-kerja tersebut.
Borang permohonan permit boleh dimuat turun dari laman web SPAN atau diperolehi terus dari Ibu Pejabat atau Pejabat Wilayah SPAN.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi SPAN seperti alamat di bawah:

Bahagian Pelesenan & Tarif
Jabatan Kawalselia Ekonomi & Sosial
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
Aras Satu, Prima Avenue, Blok 3510
Jalan Teknokrat 6, 63000 Cyberjaya
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel : (603) 8317 9333/4/5 Faks : (603) 8317 9336
Laman web: www.span.gov.my