Semakan GKP & Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin 30 November

Bagi anda yang telah memohon Geran Khas Prihatin, semakan GKP 2.0 boleh dibuat bermula 27 November ini di portal rasmi gkp.hasil.gov.my.

Pembayaran akan mula dibuat bermula 30 November nanti.

Menurut petikan akhbar Berita Harian, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima sebanyak 512,000 permohonan daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bagi mendapatkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0.

GKP 2.0 telah dibuka semula untuk permohonan baru sepanjang bulan Oktober.

Perkara ini diumumkan oleh PM petang tadi bersama dengan BPN 2.0 dan Program Subsidi Upah 2.0.

Daripada 642,976 jumlah permohonan yang diterima, sebanyak 76% permohonan telah diluluskan.

Manakala 12.6% permohonan masih dalam proses, dan baki 11.3% permohonan gagal.

Permohonan yang gagal masih berpeluang membuat rayuan di portal GKP bermula 3-15 Jun nanti.

Pembayaran RM3,000 secara one-off akan dibuat secara berperingkat bermula 15 Jun 2020.

Sekiranya terdapat pertanyaan lain tentang GKP, anda boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat, borang maklum balas di portal rasmi dan media sosial LHDNM.

Baca juga: Permohonan Bantuan Ibu Bersalin RM450

Semakan GKP 2.0 RM3,000

Untuk membuat semakan status permohonan Geran Khas Prihatin, anda perlu melayari pautan rasmi https://gkp.hasil.gov.my/

  1. Masukkan nombor kad pengenalan
  2. Klik Enter / Cari
  3. Status kelulusan GKP akan dipaparkan sama ada LULUS / DALAM PROSES / GAGAL

Kemungkinan besar pautan tersebut sukar dilayari buat masa sekarang kerana ramai berpusu-pusu untuk semak permohonan masing-masing.

Anda boleh semak semula pada sebelah petang / malam.

Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin

Seperti dimaklumkan, tarikh pembayaran GKP akan bermula pada 15 Jun.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat secara terus ke akaun masing-masing.

Syarat Permohonan GKP

Bagi yang sudah lupa, berikut dikongsikan antara syarat permohonan Geran Khas Prihatin 2020.

  • Mestilah Warganegara Malaysia
  • Mempunyai jumlah perolehan tahunan kurang dari RM300,000
  • Mempunyai jumlah pekerja kurang daripada 5 orang (tidak termasuk pemilik)
  • Mestilah berdaftar dengan LHDNM / SSM sebelum 31 Disember 2019
  • Masih aktif menjalankan perniagaan
  • Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh MOF

Bantuan Lain

Sekiranya GKP tidak mencukupi, anda mungkin boleh memohon pelbagai bantuan kerajaan yang diperkenalkan sepanjang PKP ini. Antaranya:

Semoga bantuan-bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban anda menghadapi pandemik COVID-19 ini.

Soalan Lazim

Berapakah jumlah bantuan GKP 2.0?

Geran Khas Prihatin adalah bantuan kerajaan kepada PKS secara one-off sebanyak RM3,000.

Bilakah tarikh keputusan akan diumumkan?

Semakan status GKP boleh dibuat bermula 13 November 2020.

Bilakah pembayaran akan dibuat?

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat bermula akhir bulan November.

Siapa yang layak memohon?

Sila rujuk syarat kelayakan seperti yang tertera di atas.

Apakah syarat utama untuk memohon Geran Khas Prihatin?

Pemohon mestilah memiliki SSM dan berdaftar dengan LHDNM.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!