ARAHAN PIAWAI BAGI DOKUMEN SEBUTHARGA STARDARD RULES FOR QUOTATION

1. PERKARA-PERKARA AM BERKAITAN PENTENDER/KONTRAKTOR/ SEBUTHARGA

2. ARAHAN KEPADA PENTENDER/KONTRAKTOR

3. SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA UNTUK KERJA

PERKARA-PERKARA AM BERKENAAN PENTENDER/KONTRAKTOR/ SEBUTHARGA

1. SAJH adalah kependekkan untuk SAJ Holdings Sdn Bhd.

2. Pentender/Kontraktor adalah syarikat/individu berdaftar seperti yang dinyatakan pada para3.

3. Pentender/Kontraktor hendaklah berdaftar dengan Kementerian Kewangan atau Pentadbir Syarikat atau lain-lain pendaftaran Kerajaan Malaysia bagi mengesahkan bahawa syarikat pentender/kontraktor adalah berdaftar dan berpusat di mana-mana tempat di dalam Kerajaan Malaysia. Salinan dokumen pendaftaran hendaklah dilampirkan sekiranya ingin menyertai sebutharga ini.. (to be discussed with CPD whether needed or not)

4. Dokumen-dokumen piawai atau tambahan yang diambil daripada laman web SAJH tidak dibenarkan digunapakai untuk rujukan atau sokongan bagi hal-hal lain selain daripada untuk sebutharga/tender SAJH kecuali jika mendapat arahan bertulis daripada wakil penguasa SAJH. SAJH tidak bertanggungjawab ke atas penggunaan dokumen-dokumen ini selain daripada yang dinyatakan di atas.

5. Pihak SAJH berhak meminda dokumen-dokumen piawai atau tambahan tanpa memaklumkan kepada pihak pentender/kontraktor.  

ARAHAN KEPADA PENTENDER

1. HAK SAJHSB UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUTHARGA

SAJHSB adalah tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang terendah atau mana-mana Sebutharga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Sebutharga Keputusan Jawatankuasa Sebutharga adalah muktamad.

2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUTHARGA

   2.1 Kontraktor adalah dikehendaki mengisi dengan dakwat segala maklumat berikut dengan sepenuhnya :-

      a) Harga dan tandatangan serta Cop Kontraktor di Ringkasan Sebutharga.

      b) Harga, tempoh dan tandatangan serta Cop Kontraktor dalam Borang Sebutharga.

      c) Senarai Kerja dalam tangan.

      d) Jadual Kadar Harga (Jika ada) dan

      e) Butir-butir Spesifikasi (Jika ada).

         Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat diatas, Kontraktor hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan.

2.2 Penyerahan Dokumen Sebutharga.

      a) Dokumen Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam   sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan bilangan/No. Sebutharga serta tajuk Sebutharga dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti Sebutharga pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam Notis Sebutharga.

      b) Jika Dokumen Sebutharga tidak diserahkan dengan tangan, Pentender hendaklah menghantar Dokumen tersebut dengan pos supaya tiba pada atau sebelum masa dan ditempat yang ditetapkan.

      c) Sebutharga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit dari sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan.

2.3 PENJELASAN LANJUT

         Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebutharga yang tidak jelas atau bercanggah, Kontraktor boleh menghubungi pejabat ini untuk penjelasan lanjut.

3. PERBELANJAAN PENYEDIAAN DOKUMEN SEBUTHARGA.

           Semua perbelanjaan bagi penyediaan Sebutharga ini hendaklah ditanggung oleh Pentender sendiri.

4. TEMPOH SAH SEBUTHARGA

Sebutharga ini sah selama 60 hari dari tarikh tutup Sebutharga. Kontraktor tidak boleh menarik balik Sebutharganya sebelum tamat tempoh sah Sebutharga. Pengesyoran tindakan tataterib akan diambil sekiranya Kontraktor menarik balik Sebutharganya sebelum tamat tempoh sah Sebutharga.

                                                                                                          LAMPIRAN 2

 SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA UNTUK KERJA

1. PEMERIKSAAN TAPAKBINA

          Kontraktor adalah dinasihatkan untuk memeriksa dan meneliti Tapakbina dan sekitarnya, bentuk dan jenis Tapakbina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke Tapakbina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal keadaan yang mempengaruhi dan menjejas Sebutharganya. Sebarang tuntutan yang akibat daripada kegagalan Kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.

2. INSURANS

           Kontraktor hendaklah atas nama bersama SAJ Holdings Sdn. Bhd. dan Kontraktor mengambil insurans seperti berikut :-

           a) Insurans Pampasan Pekerja (Workmen’s Compensation) dan/atau Nombor Pendaftaran dengan PERKESO bagi kesemua pekerjanya

           b) Insurans Liabiliti Awam dan/atau Insurans Kerja (sekiranya dinyatakan di dalam Butir-butir Ringkasan Sebutharga). Bagi tempoh pelaksanaan Kerja Inden ini. Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua Polisi-Polisi Insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan kerja. Bagaimanapun untuk tujuan memulakan kerja sahaja Nota-nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua Polisi Insurans selepas tempoh sah nota-nota perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pegawai Inden berhak mengambil tindakan seperti dibawah fasal 10(d).

3. PERATURAN PERLAKSANAAN KERJA

          Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, pelan-pelan, butir-butir kerja dalam Ringkasan Sebutharga, Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebutharga, arahan Pegawai Inden atau wakilnya dan semua peraturan dan pekeliling, undang-undang dan undang-undang kecil yang diluluskan.

4. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA

         Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas 7 hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden Kerja, tanpa sebab-sebab yang munasabah, Inden Kerja akan dibatalkan oleh Pegawai Inden dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap Kontraktor.

5. SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA

         Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan kerja kepada Kontraktor-kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerah hak apa-apa faedah dibawah Inden Kerja ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Inden.

6. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH PEGAWAI INDEN.

          Pegawai Inden atau wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil kerja dari jenis dan piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan dalam Spesifikasi. Kontraktor hendaklah, apabila diminta oleh Pegawai Inden, memberi kepadanya baucer-baucer dan/atau perakuan ujian pengilang untuk membuktikan bahawa bahan-bahan dan barang-barang itu mematuhi Spesifikasi. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Kontraktor sendiri.

7. RINGKASAN SEBUTHARGA

       a) Ringkasan Sebutharga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebutharga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebutharga.

       b) Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi menyiapkan kerja dengan sempurnanya.

       c)Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai kerajaan, samada dalam tempoh sah Sebutharga atau dalam tempoh kerja.

      d) Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Inden tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah dibuat sebelum Inden Kerja dikeluarkan.

      e) Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebutharga menurut perenggan (d) tersebut di atas dan apa-apa kesilapan hisab dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebutharga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebutharga hendaklah tetap tidak berubah.

8. KECUKUPAN DOKUMEN SEBUTHARGA.

       Dokumen Sebutharga adalah dianggap sebagai saling jelas-menjelas antara satu sama lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerja dengan sewajarnya sehingga siap mengikut tujuan dan maksud sebenar Dokumen Sebutharga pada keseluruhannya sama adalah atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihalkan secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan dan maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari Dokumen Sebutharga itu. Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebutharga dia hendaklah merujuk kepada Pegawai Inden untuk mendapatkan penjelasan.

9. BAYARAN BERPERINGKAT

        Bagi kerja yang bernilai melebihi RM 25,000.00, satu kali bayaran berperingkat dibenarkan setelah nilai kerja-kerja yang disiapkan melebihi 50 % dari nilai sebutharga tersebut. 3/5

10. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR.

Pegawai Inden berhak membatalkan Inden Kerja sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Inden:-

       a) Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan:

       b) Kemajuan kerja terlalu lembap tanpa apa-apa sebab yang munasabah:

       c) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian kerja tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

       d) Tidak mematuhi arahan Pegawai Inden tanpa apa-apa alasan yang munasabah : dan

        e) Apabila Kontraktor diisytiharkan bangkrap oleh pihak yang sah.

 

11. BAYARAN GANTIRUGI (LIQUIDATED AND ASCERTAINED DAMAGES)

            Bayaran Gantirugi (L.A.D) akan dikenakan terhadap kontraktor jika kerja-kerja tidak disiapkan dalam tempoh kontrak. Nilai L.A.D. sehari = 0.025 % daripada harga Kontrak atau RM 15.00 sehari (Nilai minima L.A.D) dimana yang lebih tinggi.

12. PERLANJUTAN TEMPOH SEBUTHARGA

Pegawai Inden boleh membenarkan lanjutan masa atas sebab-sebab yang munasabah.

13. KERJA PERUBAHAN

          a) Pegawai Inden boleh menurut budi-biacaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden atau yang disahkan kemudian oleh Pegawai Inden boleh membatalkan Sebutharga ini.

         b) Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai Inden akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan Sebutharga. Jika tidak terdapat sebarang kadarharga yang bersesuaian kadarharga yang dipersetujui oleh Pegawai Inden dan Kontraktor hendaklah digunakan. 4/5

14. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR

          Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa perlaksanaan kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan Syarat-syarat ini.

15. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP

Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah Kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan mengembalikan Inden Kerja Asal.

<< Back