CARIAN

   

 
 
 
   
 
Permohonan Bagi Bekalan Air Baru
 
Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang SAJH501 bagi bekalan air kekal atau sementara.

Pemohon hendaklah melantik tukang paip berdaftar yang akan melengkapkan borang SAJH501 dengan maklumat konsumer (bahagian 1), maklumat tukang paip (bahagian 2), pelan susun atur dan sistem perpaipan (bahagian 3) dan kelulusan SAJ bagi titik pemasangan paip (bahagian 4).

Borang yang telah lengkap hendaklah dihantarkan bersama-sama salinan dokumen berikut:

i)  Kad Pengenalan bagi permohonan individu atau borang 9/13, 44 dan 49 bagi permohonan syarikat; dan

ii) Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) atau Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC); dan

iii) Hakmilik Tanah atau Surat Persetujuan dari tuan tanah; dan

iv) Bil Air untuk premis bersebelahan

Sebaik permohonan mendapat kelulusan, tukang paip boleh terus dengan kerja-kerja pemasangan. Tukang paip perlu memaklumkan kepada pihak SAJ apabila kesemua kerja pemasangan telah siap untuk pemeriksaan.

Sekiranya pemasangan telah lengkap mengikut ketetapan, SAJ akan mengeluarkan invois untuk perkara-perkara berikut::-

i) Deposit

ii) Yuran penyambungan

iii) Yuran sumbangan (jika berkenaan)

Bayaran di atas hendaklah dibuat di kaunter SAJ sahaja. Bukti pembayaran diperlukan sebelum meter air boleh dipasang.

Bekalan air akan disalurkan hanya setelah meter air dipasang.
 
 
Muat turun borang SAJH501
     
 
 
 
       
   Maklumbalas    Bil elektronik (e-Billing)    Panduan Penjimatan Air    Senarai Tukang Paip
       
   Anugerah & Pengiktirafan   Kira Bil Air Anda    e-Bulletin    Tender